بسم الله الرحمن الرحيم
السلام على من اتبع الهدى
ِ
Bismillah: Al-Hamdulillah, Wassalamu 'Ala Rasulillah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
In sya Allah, hari ini kita akan membicarakan mengenai Syarat Menjadi Pemimpin Umat Islam.
Saudara-saudaraku seugama atau seagama.
Adakah
kita di dunia ini disyariatkan oleh Allah swt untuk berlomba-lomba
menjadi hambanya yang terbaik atau untuk menjadi muslim biasa yang
sederhana sahaja dalam apa jua ibadat yang diamalkannya?
Sebahgian
ulama ketika ini menyatakan bahawa kita tidaklah disyariatkan untuk
menjadi muslim yang terbaik. Cukuplah jika kita menjadi orang Islam yang
biasa sahaja. Tidak perlu ekstrim. Tidak perlu beribadat banyak-banyak.
Tidak perlu ikut semua aturan Islam. Sikit-sikitpun boleh dikira betul.
Bahkan mereka menamakan diri mereka sebagai Umatan Wasatan. أمة وسطا Atau Umat Wasatiah.
Mereka mengambil dalil dari ayat al-Qur'an surah al Baqarah ayat 143 yang menyebutkan:
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang
lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan
lagi adil,
Sebahgian ulama mentafirkannya sebagai umat pertengahan.
Adakah perkara ini betul? Adakah perkara ini yang dibenarkan oleh Islam?
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
| Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Surah al-Mulk Ayat 2. |
Bukankah dalam ayat ini mensyariatkan kita untuk berlomba-lomba menjadi mukmin yang terbaik?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا
تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِين
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak
langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang
nyata.
Al-Baqarah ayat 208
وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului
(dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai
balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ
| (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; |
وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ
| Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. |
Surah al-Waqiah ayat 10 hingga 14
Bukankah
dalam ayat ini Allah swt mensyariatkan agar umat Islam berlomba-lomba
untuk mendekati Allah swt. Sebahgian ulama ada yang mengatakan bahawa
ayat ini untuk orang dulu-dulu. Namun menurut pandangan saya, perkara
ini telah dibantah terus oleh ayat yang disebutkan pada ayat 14, iaitu
وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ
| Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. |
Jika ia khusus untuk orang dulu-dulu, mengapakah pula disebutkan (sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian)? Jadi
syariat untuk menjadi hamba yang dekat dengan Allah swt juga
diperuntukkan kepada umat Islam di zaman ini bagi sesiapa yang mahu
melaksanakannya.
Lihatlah dalam firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 102 hingga 105 ini.
| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ .102. |
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.
Namun demikian, bagaimanakah cara,
dan apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi hamba Allah yang
cemerlang dan untuk menjadi umat yang terbaik. Caranya tak lain tak
bukan hanyalah dengan mengikuti semua lunas-lunas dan garisan yang telah
dinyatakan oleh Allah swt di dalam al-Qur'an dan juga Hadis Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam.
Selain
itu kita juga perlu untuk bersatu padu dan menyebarkan dakwah, menyuruh
berbuat ma'ruf dan menegah perkara-perkara mungkar. Sebagaimana
sambungan ayat berikutnya dalam surah aal-Imran ayat 103 hingga 105.
Allah swt berfirman:
103 . وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهَ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا
نِعْمَتَ اللهَعَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ
قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ
شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ
يُبَيِّنُ اللهَ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam)
dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu
ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam
yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu
dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah
menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat
petunjuk hidayatNya.
104. وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ
بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
105. وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا
جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah
datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa
oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh
azab seksa yang besar.
Bukankah
Allah swt memerintahkan kita untuk segera mendapatkan keampunan dari
Allah swt, manakala usaha untuk mendapatkan keampunan Allah swt itu
adalah amalan terbaik buat manusia. Kerana setinggimanapun usaha dan
amal manusia, jika ia tidak diampunkan dari dosanya oleh Allah swt
terlebih dulu, maka sia-sialah amalannya.
Bukankah dalam ayat ini Allah swt memerintahkan kita untuk mengamalkan segala kehendak Allah swt?
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang
bertakwa;
Aal Imran ayat 133.
Bukankah
Nabi Muhammad sallallahu 'Alaihi Wasallam dulu beribadat sehingga
bengkak kaki baginda yang mulia. Jika ibadat baginda yang banyak itu
tidak dikira ibadat yang wasatiah, maka salahlah al-Qur'an yang
mengatakan bahawa baginda adalah ikutan yang baik.
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ
يَرْجُ اللهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَاللهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Al Ahzab ayat 21
Apakah makna umat pertengahan sebenarnya?
Makna
umat pertengahan ialah umat sebenarnya ialah umat yang beramal salleh
sebanyak-banyaknya semampu yang boleh, namun mereka juga menjalankan
fitrah yang diberikan kepada manusia biasa. Bukanlah umat yang memilih
perkara-perkara yang mereka suka sahaja seperti umat yahudi,
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ
يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ
وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَٰلِكَ
سَبِيلًا
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan
Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman
mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang)
berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar
kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan
lain antara iman dan kufur itu:
An-Nisaa' Ayat 150.
atau mengamalkan sedikit sahaja, seperti amalan orang munafiq.
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا
قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا
يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap
agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir
pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan
membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri
hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan)
riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka
bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali
(jarang-jarang).
Surah An-Nisaa' Ayat 142
Perkara ini juga ada Nabi Muhammad saw sebutkan dalam sabda baginda yang lebih kurang bermaksud,
Ada
sebahgian sahabat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam yang mahu
menandingi Nabi Muhammad saw Sallallahu 'Alaihi Wassallam ibadat baginda
Sallallahu 'Alaihi Wassallam, lalu mereka berazam untuk tidak makan,
tidak tidur dan tidak berkahwin, Perkara ini sampai kepada pengetahuan
Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam, lalu baginda Sallallahu
'Alaihi Wassallam menegur, sahabat-sahabat itu, lalu berkata "Aku adalah
orang yang paling taqwa di antara kamu, namun aku juga makan, aku juga
tidur dan aku juga bernikah, siapa yang tidak ikut sunnahku maka
bukanlah ia dari golonganku"
Saudara-saudaraku.
Jika kita ingin memberikan pendapat di dalam Islam, maka rujuklah
sendiri apa kita nyatakan itu samada betul atau tidak melalui
dalil-dalil al-Qur'an dan hadis? Jika kita hanya berpandukan kepada
pertolongan orang lain, kita tidak tahu samada orang yang menolong kita
itu ikhlas atau tidak, ditutupi oleh Allah swt ilmunya atau tidak.
Akhirnya pendapat kita sendiri yang salah. Sebelum pendapat kita
diremehkan atau dihina oleh orang bahkan ditolak olah Allah swt sendiri
kerana tidak menurut landasan syariat yang sebenarnya, maka belajarlah
sendiri. Oleh itu belajar dalam bidang ugama dan mengamalkannya adalah
suatu syarat yang terpenting untuk menjadi pemimpin umat Islam.
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ
وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ
تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا
قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
| Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. |
Surah al-Kahfi ayat 28
Dalam
ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa betapa Nabi Muhammad saw sendiri
diperintahkan oleh Allah swt agar jangan meninggalkan dan memalingkan
diri orang-orang yang beribadat berdoa dan berzikir kepada Allah pagi
dan petang hanya kerana mahukan kesenangan hidup di dunia.
Ayat
ini juga memberikan fahaman kepada kita bahawa pemimpin-pemimpin dan
ulama-ulama juga perlu mendampingkan diri dengan orang-orang berdoa dan
beribadat kepada Allah swt. Khususnya di masjid-masjid pada setiap
hari.
Bagaimanakah
mereka boleh dipanggil ulama atau pemimpin umat Islam, sedangkan amalan
yang terbaik yang perlu ditunjukkan contohnya oleh ulama ialah solat
berjemaah? Namun apakah alasan mereka bahawa ulama tidak perlu solat
dimasjid?
Adakah
mereka orang yang mulia yang tidak perlu lagi kemuliaan dari Allah swt?
Adakah mereka orang yang boleh mempertahankan diri mereka dari
kemurkaan Allah swt? Adakah mereka lebih baik darajat mereka dari
orang-orang yang berada di masjid itu sehingga satu solat jum'at mereka
menyerupai seminggu solat berjemaah orang yang selalu kemasjid? Adakah
kesibukan harian mereka membolehkan mereka untuk solat dirumah sahaja?
Adakah pahala kesibukan itu boleh mengganti pahala mereka untuk solat ke
masjid?
Tidakkah
mereka ketahui bahawa mereka perlu menyediakan ruang untuk solat
kemasjid sebagaimana mereka boleh menyediakan ruang untuk ketua-ketua
atau pegawai atasan mereka melihat kerja-kerja mereka dan sebagaimana
mereka menyediakan ruang bagi mereka beriyadah setiap hari?
Adakah mereka
yakin bahawa mereka tidak akan menjadi sesat tanpa adanya amalan
istiqamah yang perlu mereka laksanakan setiap hari? Ketahuilah bahawa
rahmat Allah swt dan juga hidayahnya penuh berlimpah di masjid. Kerana
masjid adalah semulia-mulia tempat dan tempat yang paling di cintai
Allah swt di muka bumi ini. Tanpa istiqamah yang berterusan solat
berjemaah di dalamnya, maka kuranglah sinaran dan cahaya serta hidayah
Allah swt itu.
Tanpa Pelajaran, pemimpin akan buta dan senang ditipu, tanpa amalan yang berterusan pemimpin akan mudah tersesat jalan.
الله أعلم , والسلام















0 Comments:
Post a Comment